HANOI, 21 Feb (Bernama) — Di bawah dekri yang dikeluarkan kerajaan Vietnam baru-baru ini, rakyat dari 35 negara termasuk China, layak mendapat e-visa menerusi program perintis, lapor agensi berita Xinhua.

Program selama dua tahun itu menetapkan penduduk dari negara antaranya Austria, Iceland, Belgium, Portugal, Bosnia and Herzegovina, Brazil, Qatar, Andorra, Liechtenstein, Monaco, Croatia, Estonia, Fiji, Georgia, Latvia, Lithuania, Malta, Macedonia, Micronesia, Mexico, Moldova, Montenegro, Nauru, Palau, Papua New Guinea, Marshall Islands, Salomon Islands, San Marino, Cyprus, Switzerland, China (not applicable to Chinese e-passport holders), Vanuatu, Western Samoa, Serbia, Slovenia. boleh mendapatkan e-visa bermula 1 Februari, memetik akhbar online VnExpress.

E-visa juga akan dibenarkan di pintu sempadan antarabangsa seperti di Tay Trang di utara Dien Bien, Na Meo di wilayah tengah Thanh Hoa, La Lay di wilayah tengah Quang Tri, pelabuhan Duong Dong dan pelabuhan Chan May.

Quote of the week

"People ask me what I do in the winter when there's no baseball. I'll tell you what I do. I stare out the window and wait for spring."

~ Rogers Hornsby